RexGraphiC

Bagi penggemar gadjet yang berasaskan kamera, Nikon kini memperkenalkan model flash terbaruSB 910, yang telah ditingkatkan sistem operasi GUI-nya, sekaligus meletakkan antara flash terbaik setakat ini. Dengan fungsi Thermal-Cut-Out SB910 menawarkan perlindungan daripada kerosakan pada penel flash akibat terlalupanas setelah penggunaan flash secara berterusan. Selain itu, kelajuan cahaya flash ini juga tampil dengan 3 corak pencahayaan iaitu standard, center weighted dan even yang direka supaya sesuai dengan situasi ketika menggunakannya.

Manakala butang menu  dengan akses pantas, memudahkan tetapan selain meningkatkan skrin LCD antara muka penggunaan grafik yang lebih baik.





Read More …

Gadget Terbaik Tahun 2011: Microsoft Xbox Kinect
Ia adalah barangan pengguna tahan lama yang paling pantas dijual sepanjang zaman. Mengguna alat pengesan gerakan, Kinects menghubungkan anda ke dalam permainan komputer untuk membolehkan anda mengawal dan berinteraksi dengan permainan maya tanpa perlu menyentuh pengawal (controller) game.
Komputer Terbaik: Apple Macbook Air 11 Inci
Apple Macbook Air 11 Inci menewaskan pesaing daripada Samsung dan Sony untuk dinobatkan sebagai Komputer Terbaik 2011. Dengan RAM 4GB yang begitu mengagumkan dan alat penyimpanan SSD, MacBook Air bukan sahaja pantas tetapi menawan mata yang memandang.
Gadget Commuter: Amazon Kindle
Alat pembaca buku elektronik oleh Amazon, Kindle dinamakan gadget commuter (pengulang-alik) terbaik tahun ini menewaskan iPAD dan iPhone. Dengan berat yang kurang daripada kulit buku yang lembut, Kindle mampu memuatkan sehingga 3,500 buah e-buku, manakala fon halusnya membolehkan ia dibaca walaupun dalam persekitaran cahaya terang-benderang.
Tablet Terbaik: Apple iPad 2
Tidaklah memeranjatkan bahawa Apple iPad 2 memenangi anugerah Tablet Terbaik 2011. Ia telah menguasai pasaran walaupun bergelut dengan persaingan sengit daripada Samsung dan alatan berasaskan teknologi Android yang lain. Apple memperkukuhkan iPad2 dengan dual pemprosesan ARM A5 yang secara dramatik memperbaiki mutu tablet yang digerakkan dengan ios.
Telefon Bimbit Terbaik:Samsung Galaxy SII
Samsung Galaxy SII berjaya menewaskan iPhone 4 untuk merangkul gelaran yang diburu banyak pihak, Telefon Terbaik. Antara kelebihan telefon itu ialah ia dipacu dual-teras 1.5 GHz processor, paparan 4.3 inci, technology wave and pay dan kelajuan muat turun 4G.
Televisyen Terbaik: Samsung UE55D8000
Samsung sekali lagi membuktikan kemampuan mereka menghasilkan set televisyen yang terbaik. Samsung UE55D8000 memboleh penonton melayari Youtube, Facebook, Twitter menerusi pelbagai aplikasi televisyen. Bentuknya yang amat nipis dengan diskong ciri-ciri 3D dan HDMI secukupnya mampu memuaskan hati sesiapa sahaja.
Gadget Kerja Terbaik: RIM Blackberry Bold 9780
Berhadapan dengan persaingan yang begitu sengit daripada Apple, Samsung dan HTC, Blackberry Bold 9780 diundi sebagai Gadget Kerja Terbaik 2011. Telefon ini dengan sistem operasi Blackberry OS terbaru memiliki elemen multimedia dan multisentuhan yang lebih baik.
Anugerah RekabentukT3 : Apple MacBook 11 Inci
Apple MacBook 11 Inci menewaskan pesaing daripada notebook Samsung Series 9 untuk merangkul gelaran itu. Dengan RAM 4GB dan penyimpanan pacuan SSD, MacBook Air bukan sekadar pantas, tetapi amat menarik.
Kamera Digital Terbaik: Canon PowerShot G12
Ia menewaskan Fuji Finepix X100, Olympus E-PL2 dan Nikon D3100. Kamera ini dilengkapi dengan sensor 10 Megapiksel berserta perakam video 720HD.
Aksesori Gadget Terbaik: Kad Eyi-Fi Pro X2
Kad ini mampu menampung 4,000 gambar atau kandungan video selama 3 jam dan mampu sambung terus ke rangkaian Wi-Fi anda.
Gadget Permainan Komputer Terbaik:  Microsoft Xbox Kinect
Menggunakan alat pengesan pergerakan, Kinects menjadi anda sebahagian daripada game kerana membolehkan pemain mengawal dan berinteraksi dengan game tanpa memegang alat kawalan.
Gadget Musik Terbaik : Monster Beats oleh Dr. Dre Pro Studio
Diperbuat daripada rangka aluminium dan amat ringan, Monster Beats menerima anugerah gadget musik terbaik
Gadget Kegunaan Di Rumah Terbaik: Philips Airfryer
Daripada menggunakan lemak untuk memasak kentang goreng, alatan dapur berevolusi ini memasak dengan menghangatkan udara. Airfryer menggunakan teknologi Rapid Air yang membolehkan makanan-makanan dimasak tanpa menggunakan lemak.
Inovasi Terbaik:  Razer Switchblade
Revolusi seterusnya untuk permainan komputer sudah hampir.
Perkhidmatan Digital Media Terbaik : Twitter
Twitter muncul perkhidmatan terbaik menewaskan Facebook dan Youtube kerana aplikasinya yang digunakan secara meluas dalam iPhone, Android dan iPad.
Aplikasi Terbaik: Flipboard
Flipboard adalah aplikasi percuma yang merevolusikan cara pemilik iPads menggunakan bahan digital dengan menghasilkan majalah peribadi untuk para penggunanya dari pelbagai sumber feeds.
Personaliti Gadget Tahunan: Mark Zuckerberg
Dengan lebih 500 juta pengguna, pencipta Facebook ini dipilih sebagai personaliti tahun 2011.
Read More …


Hari ini saya survey dekatwww.mudah.com.my .. Ingat nak beli pendrive, mana tahu dapat murah. Tiba-tiba terpaku dengan satu iklan; Kingston 32Gb hanya RM50 ~!! Biar betoi.~!!..Saya terus hubungi dealer yang menjual pendrive tu, dan dia kata dia tidak menipu, lagi pula tidak memadai dia nak menipu produk berharga RM50.. aik, biar betoi~!!
Terus saya buat sedikit research dekat internet berhubung Pendrive 32Gb ni. Pada permulaannya, saya dapati ramai juga yang menjual dengan harga yang murah. Paling mahal sedikitpun RM95 – 120 (Jadi RM50 lagi murah). Jadi, lingkungan harga masih murah..
Namun setelah pencarian dibuat dengan lebih mendalam, saya mendapat info-info tambahan yang mengatakan Pendrive 32Gb ini adalah buatan China dan telah lama popular di sekitar Mumbai, India pada tahun lepas. Target utama pencipta pendrive ini adalah untuk menyaingi syarikat perkomputeran dunia dengan mereka cipta barangan palsu ini ke pasaran dunia. Pembungkusan dan modus operandi sangat profesional dan nyata. Pendrive yang asal 1 atau 2 Gb telah dicompress agar dibaca 32Gb. “Non-existent sectors” dibuat dengan kaedah compress agar dibaca melebihi kapasiti sebenar pendrive.
Itu sebabnya, setiap kali anda memasukkan sesuatu yang lebih besar dari kapasiti sebenar,maka data yang tertulis ke sektor-sektor maya akan hilang. Namun begitu, “Fake Product” ini telah terjual dengan larisnya di pasaran dan apa yang lebih menyedihkan, pemasarannya telah pecah masuk ke pasaran Lowyat di KL dan PC Fair di seluruh Malaysia.
Anda kena berhati-hati~!!
Info menjelaskan juga bahawa pendrive ini jika dilihat dari luaran dan dalaman tertulis 32Gb. Hatta jika dimasukkan ke slot USB di laptop/pc dia akan memberitahu 32Gb. Juga di Properties tertera 32Gb~!!. Namun apabila anda ingin memindahkan file sebesar 1Gb, satu arahan keluar mengatakan pendrive sudah penuh. Malah “transfer Speed” juga adalah sangat perlahan jika dibandingkan dengan pendrive biasa. Kadang kala arahan komputer/laptop mengatakan berlaku kerosakan teruk di Pendrive dan memerlukan format biarpun anda baru sahaja pertama kali menggunakannya ~!!! .
Bila diteliti dengan mendalam, pendrive tersebut mengalami bad sector yang teruk, dan perlu diformat. Dan apa yang lebih menyedihkan, apabila diformat, ternyata pendrive itu hanyalah sebesar 512kb atau 1Gb atau 2Gb sahaja. Sedangkan harga sebenar pendrive 1Gb hanya RM20 sahaja di pasaran~!! Dan lebih teruk daripada itu, jika hendak diformat sekalipun ia tidak complete, dan akhirnya, DIBAKUL SAMPAHKAN SEBAGAI JALAN TERAKHIR~!!
Ini yang menyebabkan ramai pengguna tertipu. Ada juga kes berlaku file yang telah dipindahkan ke dalam pendrive itu “Missing” atau ” Corrupted” bila dipasang di komputer orang lain. Dan kadangkala boleh di Copy tetapi tidak boleh di Paste langsung, seolah-olah menjadi read-only file.
Nasihat saya, berhati-hatilah apabila ingin membeli pendrive yang berkapasiti besar ini. Memang benar ada yang betul-betul original. Memang benar pendrive Kingston yang berkapasiti 256Gb (yang paling besar) wujud tetapi harganya mahal buat masa ini. Harga semasa pada 12/11/2010 menunjukkan harga RM166 untuk pendrive 32Gb Original. Masakan harga Pendrive 256Gb boleh berharga RM170 seperti yang ada di sesetengah website ~!!

Read More …