RexGraphiC

TUGASAN 1

MAKSUD SEJARAH MEDIA BARU DALAM KONTEK PENGHASILAN KARYA SENI DIGITAL

Perkataan Media berasala daripada bahasa latin iaitu Medius yang bermaksud tengah, perantaraan atau pengantar pesanan daripada pengirim kepada penerima. Suatu ketika dahulu, di Malaysia terkenal dengan media cetak sepetri surat khabar dan lain-lain. Ini adalah kerana ia merupakan sumber maklumat yang utama. Dalam era yang semakin maju, kini muncul media elektronik yang mengunakan teknologi terkini supaya lebih menarik perhatian, mudah menyampaikan maklumat dan menjimatkan masa. Contoh-contoh media elektronik adalah radio, telivisyen, computer, telefon dan lain-lain. Untuk lebih mudah difahami media baru sering dikaitkan dengan media digital.

Dalam ‘dunia globalisasi’ dimana ia bermaksud dunia tampa sempadan, segala maklumat dapat di akses dengan mudah melalui internet. Dengan adanya internet kita boleh mendapatkan maklumat dengan mudah dan pantas daripada mana-mana laman sesawang.

3 sifat utama media baru adalah integrasi, interaktif dan digital.
Ø     * VCD
Ø     * DVD
Ø     * Komputer
Ø     * Laman sesawang
Ø     * Telefon bimbit
Ø     * Video game
Ø     * Cakera padat interaktif

Walaubagaimanapun, pelbagai tanggapan positif dan negetif dikalangan masyarakat terhadap media baru tersebut kerana ia mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri.

Contoh yang ingin disampaikan oleh pengkaji adalah laman sesawang.

Pelbagai maklumat dapat diakses oleh pengguna dengan pantas, tetapi adakah malumat yang diperolehi adalah tepat dan tiada sedikit ralat?

Bagi sesetengan pihak, maklumat daripada laman sesawang tidak dapat dipercayai kebenarannya kerana tidak ada bukti kebenaran yang nyata dan tidak kukuh untuk dimasukakn kedalam kajian ataupun tesis.